fbpx

‘Uncle, mami mana?’ – Anak Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD HAIKAL dikawal ketat anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor hari ini.

BATU PAHAT – Suasana pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini bertukar pilu apabila anak sulung Bella atau Mira Sharmila Samsusah bertanyakan di mana ibunya sebaik sahaja melihat bekas kekasih arwah wanita itu dibawa keluar dari mahkamah.

“Uncle, mana mummy?.” Itu reaksi Eusuf Abdul Fatah, 5 yang didengar selepas tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 dibawa keluar dari kamar mahkamah bagi sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita itu, pada Disember tahun lalu.

Eusuf hadir ke mahkamah ditemani ahli keluarga termasuk kakak Bella, Norhisham, 36, dan juga bapa saudara, Nor Azhar Jamil, 55.

Sementara itu, Norhisham atau lebih mesra disapa Ayu tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan kerinduan Eusuf terhadap ibunya.

“Saya terperanjat apabila Eusuf secara spontan tanya kepada tertuduh di mana ibunya. Eusuf selalu bertanya mana mummy, jadi saya cakap nanti umi bawa Eusuf jumpa uncle nanti Eusuf tanyalah.

“Jadi bila Eusuf tanya begitu secara spontan kepada Mohammad Haikal, keadaan jadi sayu,” ujarnya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes pembunuhan Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Ditanya mengenai Ramadan, Ayu menjelaskan ketiadaan Bella membuatkan Ramadan kali ini agak sedih buat keluarganya.

“Biasanya pada Ramadan pertama kami sekeluarga berkumpul untuk berbuka bersama, tetapi perasaan itu kini kosong malah tiada sebarang perancangan,” katanya.

Selain Eusof, Bella mempunyai seorang lagi anak perempuan, Maream Isabel, 3, yang kini dalam jagaan neneknya, Noraini Salleh, 55.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI