fbpx

TNB kuasa baharu arena hoki Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain dan kejurulatihan TNB meraikan kejayaan menjuarai Piala TNB selepas menewaskan THT di final malam kelmarin. – FARIZ RUSADIO

TENAGA Nasional Berhad (TNB) berjaya melakar sejarah me­rangkul kejuaraan trebel buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun penyertaan saingan Liga Hoki Malaysia (MHL).

TNB melengkapkan misi itu apabila mencapai kejuaraan ketiga selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT) 4-2 pada final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Kejayaan skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu merealisasikan sasaran TNB yang sebelum itu berjaya menjuarai Piala Sumbangsih dan MHL musim ini.

“Ini merupakan perlawanan akhir yang baik kerana mereka memberikan saingan di separuh masa kedua dan mereka dapat uruskan tekanan dengan baik.

“Kita mengikut struktur se­perti yang dirancang. Dua kali ketinggalan itu biasa dalam perlawanan hoki, tetapi kita bangkit semula selepas memperbaiki kesalahan dan itu yang terbaik tentang ­pemain TNB.

“Kemenangan adalah yang terbaik kerana ini merupakan trebel pertama buat TNB dan kami nantikan untuk menyediakan pasukan yang lebih baik tahun hadapan,” katanya.

Dalam saingan itu, TNB yang ketinggalan dua kali dalam perlawanan itu, berjaya bangkit mengesahkan kemenangan 4-2 selepas Mughni Mohamad Kamal dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal berjaya meledak dua gol terakhir pasukan pada minit ke-33 dan ke-36.

Secara keseluruhan, TNB berjaya meledak hampir 100 gol musim ini dengan Azrai terus mencipta sensasi apabila mengekalkan status sebagai penjaring terbanyak dengan 32 gol pada kempen MHL musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI