fbpx

Suspek kes curi dibebaskan, penduduk berang serbu balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berpuluh-puluh penduduk kampung menyerbu Balai Polis Kalirejo. – Detik

JAKARTA – Berpuluh-puluh penduduk kampung menyerbu sebuah balai polis di wilayah Lampung kerana tidak berpuas hati selepas pihak berkuasa membebaskan seorang suspek kes curi, lapor laman berita Detik.

Dalam kejadian pada minggu lalu itu, sepasang suami isteri ditangkap oleh penduduk kampung terlebih dahulu sebelum kedua-dua mereka  dibawa ke Balai Polis Kalirejo.

Salah seorang suspek iaitu si suami dikatakan cuba mencuri motosikal milik seorang penduduk di pasar.

Namun, selepas melakukan siasatan, polis membebaskan si isteri.

“Memang benar Balai Polis Kalirejo menerima dua suspek yang diserahkan oleh penduduk berhubung kes mencuri motosikal di Pasar Sendang Agung.

“Namun, berdasarkan siasatan, si isteri terbukti tidak terlibat dalam kecurian yang dilakukan oleh suaminya,” kata Ketua Polis Lampung Tengah, Andik Purnomo Sigit.

Tambah Andik, pihaknya membebaskan si isteri, manakala si suami masih ditahan.

“Bukan dibebaskan, sebaliknya dia (isteri) memang tidak terlibat. Kami hanya menahan suaminya,” kata Andik lagi.

Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI