fbpx

Sekolah padat murid akan disusun semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika meninjau sesi persekolahan 2024/2025 di SK Saujana Putra, hari ini. -Foto AMIR KHALID

KUALA LANGAT – Penyusunan semula sekolah yang mempunyai kepadatan murid dan pelajar akan dilakukan bagi memastikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tugas tersebut akan dilakukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) agar wujud keselesaan di kalangan murid dan pelajar.

“Saya rasa semua sekolah ada peningkatan dan memang ada sekolah terima peningkatan lebih sedikit dan kita memang ada sekolah itu.

“Enrolmen darjah 1 memang tinggi dan ini menunjukkan komitmen kita memastikan anak kita berada di sekolah ini tercapai. Cuma, kita kena adjust kepadatan itu dan barangkali susun kembali. Itu tugas PPD dan JPN memastikan tiada kesesakan keterlaluan di sekolah,” katanya pada sidang akhbar ketika melawat pembukaan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Putra, di sini hari ini.

Menurut Fadhlina, setakat ini kapasiti guru mencukupi bagi sesi akademik 2024/2025 dengan isu kekurangannya akan diatasi segera dari semasa ke semasa.

“Berkenaan sekolah kurang murid (SKM), kita akan terus memantau dan ada perancangan mengenainya,” ujarnya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan komited meningkatkan akses pendidikan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Kata KPM, terdapat seramai seramai 5 juta dari pra sekolah hingga tingkatan 5 yang bersekolah pada tahun ini.

“Enrolmen bagi tahun 1 adalah seramai 466,799 dan tingkatan 1 pula melibatkan 478,594 orang.

“Selangor menjadi negeri yang mempunyai paling tinggi enrolmen iaitu 927,528 orang daripada pra sekolah hingga tingkatan 5. Bagi tahun 1, mencatatkan 97,000 murid dan tingkatan pula seramai 91,000.

“Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri yang paling sedikit jumlahnya bagi tahun 1 iaitu 1,700 orang dan 1,600 bagi kemasukan pelajar tingkatan 1,” katanya.

Jelas KPM, sebanyak 12 buah sekolah telah siap fizikalnya dan belum dibuka daripada tahun lalu hingga Februari tahun ini.

“Selain itu, 26 buah sekolah telah diluluskan untuk pembangunan dan pembinaannya menerusi bajet sebelum ini,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI