fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah daerah di Sarawak menjelang petang ini yang tertumpu di Kuching, Serian dan Samarahan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dan angin kencang ini berkait rapat dengan penumpuan angin yang dijangka berlaku di Sarawak sehingga 15 Mac ini.

“Penumpuan angin yang berlaku di Sarawak berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan terutamanya pada sebelah petang dan boleh berlarutan sehingga ke awal pagi.

“Hujan lebat dan ribut petir juga diramal bakal berlaku di pedalaman dan Barat Semenanjung melibatkan Johor, pedalaman Perak dan pedalaman Selangor,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, cuaca panas di beberapa kawasan di utara Semenanjung juga sudah semakin membaik, dengan hanya Kota Setar dan Pokok Sena sahaja yang menghadapi amaran cuaca panas yang boleh mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di daerah Nabawan dan Tawau, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI