PETALING JAYA – Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Prasarana Integrated Development Sdn. Bhd. (Pride) akan membuka mini bazar Ramadan di tiga stesen Transit Aliran Ringan (LRT) terpilih sempena bulan Ramadan.
Prasarana dalam kenyataan berkata, ia membabitkan Stesen Pasar Seni, Stesen Damai, dan Stesen Ampang Park.
“Juadah ini akan mula dijual pada pukul 3.30 petang hingga 7.30 malam. Kemudahan ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
“Terdapat juga jualan makanan dan minuman berkonsepkan ‘grab and go’ di bazar rakyat sedia ada yang sesuai dijadikan juadah berbuka seperti di Stesen Sri Rampai, Stesen Taman Melati dan Stesen Gombak,” katanya hari ini
Sehubungan itu, Prasarana turut mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. – KOSMO! ONLINE