fbpx

Pocong ‘sambut’ lelaki pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampakan didakwa pocong (dalam bulatan) berdiri di atas tembok. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penampakan lembaga putih dipercayai  pocong berdiri di atas sebuah tembok di tepi jalan yang sunyi, lapor laman berita Grid Pop semalam.

Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram itu, perakam berkata, dia kerap melihat pocong  tersebut ketika pulang ke rumah pada waktu dinihari.

“Saya sering pulang ke rumah waktu lewat iaitu antara pukul 2 hingga 4 pagi. Lihatlah, jalan di sini amat sunyi dan gelap. Anda mahu lihat apa ‘plot twist’ (helah) yang berlaku? Mari kita bergerak ke depan,” kata perakam video tersebut sambil menunggang motosikal.

Kelihatan jalan di sekelilingnya sunyi sebelum dia melalui lorong  yang gelap.

Tiba di sebuah kawasan, lelaki tersebut menghalakan kamera ke arah tembok di sebelah kanannya  dan kelihatan susuk menyerupai pocong berdiri tegak di atas tembok.

“Allahuakbar, dia sering berada di atas (tembok), sering ‘bermain’ di atas. Turun!” katanya.

Tidak dinyatakan lokasi kejadian itu, namun video tersebut mengundang perhatian netizen dengan ramai memberikan pelbagai komen.

“Kenapa selalu berdiri di situ? Sudah jadi penyambut tetamu kah?” kata seorang netizen.

“Seram sangat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI