fbpx

Peniaga bazar dinasihat jual juadah selepas 3.30 petang – Mufti Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Para peniaga bazar Ramadan khususnya di negeri ini dinasihatkan untuk tidak menjual juadah terlalu awal iaitu sebelum pukul 3.30 petang.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, ia bagi menghormati kesucian bulan Ramadan dan bagi mengelak daripada perbuatan menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Kita khuatir ada peniaga yang seawal pukul 12 tengah hari telah memulakan perniagaan dan ini sudah pasti bukan elemen sebenar dalam operasi bazar Ramadan.

“Sekurang-kurangnya paling awal adalah sekitar pukul 3.30 petang atau 4 petang, jika awal sangat saya yakin perkhidmatan diberikan itu adalah bagi melayani orang yang tidak berpuasa dan amalan ini tidak akan menghormati bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H/2024M peringkat Negeri Melaka berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, di sini, malam tadi.

Turut hadir pada program itu adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dalam pada itu beliau berkata, seluruh umat Islam diseru untuk bersama-sama menghayati keindahan bulan Ramadan dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk solat tarawih, qiamullail dan tadarus al-Quran.

“Kita nasihatkan khususnya kepada golongan belia untuk bersama-sama menghayati bulan ini dengan melakukan pelbagai ibadah seperti tarawih, qiamullail dan tadarus,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI