fbpx

Pastikan kopek dahulu kurma sebelum makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan supaya memeriksa, mengopek dan membasuh buah kurma sebelum dimakan.

Menurut hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia, terdapat kebarangkalian ada kulat, ulat, habuk dan kekotoran lain dalam buah tersebut.

“Jangan lupa untuk mengopek dan membasuh buah kurma sebelum di makan.

“Kita tidak tahu tahap kebersihan pengendalian buah kurma semasa ia dipetik dan dibungkus. Didalam buah kurma juga mungkin ada serangga kecil tersembunyi,” katanya.

Menurut PHM, orang ramai tidak perlu bimbang tentang rasa dan khasiat buah kurma yang telah dikopek.

“Semua (rasa dan khasiat) tidak akan berubah walaupun kurma dibasuh sebelum makan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI