fbpx

Bekas tukang sapu pandu cuai sebabkan kematian dijel 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson semalam. -Foto NOR AINNA HAMZAH

PORT DICKSON – Seorang bekas tukang sapu dipenjara lima tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan pilihan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dua tahun lalu.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, G Khishen Kumar, 23, membuat pengakuan bersalah atas kesalahan tersebut.

Majhkamah menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tuduhan pertama dibacakan pada 5 April 2023.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal warga emas pada 29 Jun 2022 di Kilometer 5, Jalan Seremban

Majistret turut menetapkan enam bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda dan lesen memandu digantung selama lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal, manakala tertuduh diwakili peguam Fatin Nur Athirah Zainudin dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan.

Terdahulu, Nadia Ezzati memaklumkan mahkamah status representasi tertuduh telah diterima dan pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan kepada tertuduh.

Pada 5 April tahun lalu, tertuduh tidak mengaku salah dan memohon untuk dibicarakan. Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM5000, namun tertuduh gagal membayar wang jaminan dan ditahan di Penjara Temiang, sehingga hari perbicaraan.

Pada 3 Mei tahun lalu, tertuduh telah melantik Biro Bantuan Guaman untuk mewakilinya dan 6 Julai tahun lalu, pihak Biro Bantuan Guaman telah membuat permohonan representasi ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI