fbpx

Operasi waktu puncak LRT, MRT, Monorel ditambah sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Operasi waktu puncak pagi dan petang bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel KL serta bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan diselaraskan sepanjang bulan Ramadan bermula 12 Mac 2024.

Prasarana dalam kenyataan berkata, perubahan tersebut adalah untuk memudahkan perjalanan pengguna sepanjang bulan Ramadan, terutamanya bagi mereka yang ingin menuju ke destinasi masing-masing untuk berbuka puasa.

“Waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula pukul 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu dari pukul 7 pagi sehingga 9 pagi.

“Selain itu, operasi pada waktu puncak petang ditambah satu jam 30 minit bermula dari pukul 4 petang sehingga 8 malam, berbanding pukul 5 petang hingga 7.30 petang waktu sekarang,” katanya hari ini.

Sementara itu, bagi perkhidmatan Rapid Bus di Lembah Klang dan Pulau Pinang termasuk bas-bas perantara MRT, operasi waktu puncak pagi adalah dari pukul 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi manakala waktu puncak petang adalah dari pukul 4 petang sehingga 8 malam.

“Diharapkan dengan inisiatif ini, ia dapat menggalakkan orang awam untuk menggunakan pengangkutan awam sekali gus mengurangkan kesesakan jalanraya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI