fbpx

Mydin Manjoi terbakar, rugi RM50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameer (kanan) ketika meninjau Mydin Manjoi di Ipoh hari ini.

IPOH – Jumlah kerugian akibat kebakaran yang melibatkan tingkat satu Pasar Raya Mydin Manjoi semalam dianggarkan kira-kira RM50 juta.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, anggaran itu mungkin bertambah setelah proses penilaian dilakukan.

“Dari segi struktur bangunan memang nampak okey tetapi masih bahaya kerana saya dimaklumkan pagi tadi pun ada runtuhan berlaku,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kebakaran di sini hari ini.

Menurut beliau, kebakaran yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga malahan penduduk setempat untuk membeli barangan keperluan.

“Mungkin selepas ini, kita akan fikir cara-cara lain untuk membantu peniaga-peniaga dalam Mydin untuk terus berniaga terutamanya pada Ramadan ini,” katanya.

Katanya, seramai 108 pekerja Mydin Manjoi akan ditempatkan di Mydin Meru Raya buat sementara waktu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI