fbpx

Kerajaan bantu selesai isu peneroka Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah baik Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) dalam usaha menyelesaikan permasalahan dan isu berkaitan peneroka Felda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini pihaknya sedang melakukan proses untuk mengulang kaji bagi melaksanakan penambahbaikan tersebut.

“Walaupun masa diambil hampir empat tahun, namun kita sangat komited untuk lihat Felda bukan hanya disantuni, tapi dibantu dengan lebih baik,” katanya sewaktu penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau juga akan bertemu pengurusan Felda untuk membincangkan permasalahan dan isu melibatkan peneroka.

“Ahli Parlimen Gerik contohnya bangkit isu rungutan peneroka Felda mengenai kadar pemotongan hutang ladang yang tinggi. Saya akan bertemu pengurusan Felda untuk kali kedua.

“Saya bawa isu ini sebagai isu penting untuk diatasi dengan kaedah sistem kewangan atau perakaunan dengan kaedah baharu.

“Selain itu, Ahli Parlimen Batu Kurau membangkitkan kaedah pembayaran hasil jualan buah sawit yang dilihat membebankan peneroka. Perkara ini juga sedang dalam pemantauan kita dan akan melakukan dengan terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI