fbpx

John Cena tidak berbaju di pentas Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHN Cena membuat kejutan di pentas Oscar 2024 dengan tampil tanpa seurat benang bagi menyampaikan anugerah kategori Rekaan Kostum Terbaik.

KECOH! Pelakon John Cena muncul tanpa seurat benang di pentas Anugerah Akademi atau Oscar 2024 yang berlangsung di Teater Dolby, Hollywood hari ini dengan hanya menutup bahagian kemaluan menggunakan sampul surat dan memakai ‘Birkenstocks’.

Pada acara tersebut, Cena tampil membuat kejutan tersebut bagi menyampaikan anugerah kategori Rekaan Kostum Terbaik.

“Kostum sangat penting. Mungkin benda paling penting.

“Tapi saya tidak boleh buka kad penyampai,” katanya di atas pentas.

Memandangkan Cena sukar membaca kad penyampai tersebut, pengacara John Kimmel keluar dan membantunya menyampaikan anugerah berkenaan.

Bagaimanapun ketika Kimmel ingin menyerahkan anugerah kepada pemenang, Cena tampil dengan mengenakan pakaian seperti kain langsir membalut tubuhnya.

Selain menjadi simbolik untuk kategori kostum, penampilan Cena itu juga mengimbau momen pada Anugerah Oscar 1974 iaitu apabila seorang lelaki berlari tanpa seurat benang di pentas ketika menyambut kehadiran Elizabeth Taylor.

“Boleh bayangkan tak, kalau ada lelaki bogel berlari di tengah pentas hari ini?” Soal Kimmel kepada penonton.

Kimmel juga sempat berseloroh sepatutnya Cena berasa selesa kerana sebagai penggusti, dia kerap tampil di pentas tanpa pakaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI