fbpx

Bincang mekanisme kurangkan jumlah pekerja asing – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan membincangkan mekanisme khusus bagi mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini pada bulan depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan dibentangkan pada tahun depan juga meletakkan sasaran pengurangan pekerja asing yang lebih drastik dan ketara.

“Saya sebut di Parlimen supaya saya dapat sediakan ekonomi yang lebih awal. Kita perlu komited untuk kurangkan jumlah pekerja asing dan pendatang yang tidak berkemahiran dalam negara.

“Ini memerlukan bukan sahaja dasar, tapi kerjasama industri kerana setiap kali pentadbiran sebelum ini mahu kurangkan jumlah pekerja asing, ia akan dapat bantahan,” katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Payar Besar) hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, sekiranya negara terus mempunyai kira-kira 3.5 juta pekerja asing sama ada mempunyai dokumen sah atau sebaliknya, ia akan mewujudkan kumpulan yang menawarkan struktur lebih rendah.

“Peniaga tempatan tidak boleh bersaing kerana meraka akan terus meletakkan harga lebih rendah. Malah, akan ada peniaga atau orang ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat dan produk mereka,” katanya.

Beliau berkata, di peringkat dasar pula, kerajaan akan membentangkan undang-undang ‘anti Ali Baba’ bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mereka yang menjadi punca fenomena tersebut.

“Penduduk tempatan sendiri sewakan, berikan lesen untuk berniaga tapi dia gemar dapat RM3,000 hingga RM4,000 sebulan pakai nama dia sahaja.

“Selagi ia tak diselesaikan dan buat masa sekarang, kita tak ada undang-undang khusus kepada penduduk tempatan yang membolehkan fenomena ini semakin bertambah,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI