PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kota Berlin hari ini bagi lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman.
Anwar berkata, beliau turut disertai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
“Kunjungan ini akan membuka peluang kepada saya dan pemimpin Jerman membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu.
“Lawatan ini juga membolehkan saya berkongsi persekitaran kondusif negara dalam usaha menarik pelabur berpotensi dari Jerman untuk melabur di Malaysia,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Anwar memohon mendoakan supaya urusan beliau dan delegasi Malaysia di Jerman dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE