fbpx

2 maut, 4 cedera tembakan di Arkansas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan siasatan kejadian tembakan rambang di sebuah kawasan kejiranan di Jonesboro, Arkansas. – CNN

JONESBORO, ARKANSAS – Dua orang terbunuh,  manakala empat yang lain cedera dalam kejadian tembakan di Jonesboro, negeri Arkansas, lapor saluran berita CNN semalam. 

Seorang jurucakap polis, Sally Smith berkata kepada CNN bahawa insiden  tembakan itu berlaku pada sebuah parti persendirian yang diadakan  di sebuah bangunan terbengkalai di timur laut bandar Little Rock. 

Kejadian berlaku menjelang pukul 5 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui beberapa mangsa yang luka akibat terkena tembakan, kata Jabatan Polis Jonesboro dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Suspek penembak dilaporkan mengenali mangsa lelaki dan wanita yang terbunuh serta seorang lagi mangsa wanita yang cedera, tambah kenyataan sama. 

“Kedua-dua mangsa wanita itu adalah adik-beradik,” kata Smith.

Umur mangsa belum dapat dikenal pasti, namun, penembak lelaki yang turut terbunuh itu dilaporkan mempunyai hubungan rapat  dengan salah seorang mangsa wanita.

Polis tidak menyatakan bagaimana suspek meninggal dunia dan siasatan masih diteruskan.

Insiden ini merupakan antara 73 kejadian tembakan rambang di Amerika Syarikat pada tahun ini, demikian menurut Arkib Keganasan Senjata Api. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI