fbpx

Tempoh verifikasi pekerja asing tidak dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin beramah mesra dengan masyarakat pada Program Ihya Ramadan PDRM Kedah di IPD Kulim, hari ini.

KULIM – Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh masa bagi proses verifikasi pekerja asing yang diberikan kepada majikan di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 sehingga 31 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak majikan diminta untuk mempercepatkan verifikasi memandangkan proses pengambilan pekerja asing sudah dipermudahkan.

“Apabila seorang majikan memerlukan pekerja asing, dia akan memohon kuota daripada Kementerian Sumber Manusia. Apabila kuota diluluskan dia akan membayar levi kepada imigresen, selepas itu akan mohon Visa Dengan Rujukan (VDR).

“Sekarang ini dia (majikan) yang isi (permohonan visa), lagi cepat dia isi, lagi cepat dapat kerana permohonan itu hanya mengambil masa dua hari bekerja, jadi tak timbul soal kita perlu anjakkan tarikh tutup itu sebab dulu permohonan visa melalui ejen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Ihya Ramadan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, had keperluan guna tenaga kerja asing dalam negara adalah 2.5 juta menjelang 2025.

“Sekarang sudah 2.1 juta (pekerja asing), jadi defisit 400,000. Campur dengan program rekalibrasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) jumlahnya sudah satu juta.

“Dalam satu juta itu kita nak datangkan 400,000, jadi tak ada keperluan untuk berlengah lagi, itu asas yang saya berikan kepada majikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI