fbpx

Takut harimau punca keciciran pelajar Orang Asli di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zamri (duduk, kanan) semasa meninjau sesi persekolahan murid tahun satu di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Ancaman harimau merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah keciciran murid dan pelajar Orang Asli di Gua Musang.

Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz berkata, ancaman haiwan liar itu menyebabkan ramai anak Orang Asli takut untuk ke sekolah menyebabkan mereka tercicir dalam pelajaran.

Menurutnya, sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mendapat bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk masuk ke kawasan Orang Asli sebagai usaha memujuk pelajar kembali ke sekolah.

“Selepas mengadakan perbincangan bersama pemimpin Orang Asli, kita berjaya memujuk mereka (pelajar Orang Asli) kembali ke sekolah. Mereka sebenarnya faham mengenai keperluan untuk berada di sekolah.

“JPN Kelantan mendapat sokongan yang baik daripada Tok Batin dan kepimpinan Orang Asli di Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar selepas tinjauan sempena hari pertama pembukaan sekolah sesi persekolahan 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Petra 1, di sini hari ini.

Menurutnya, keciciran pelajar Orang Asli di Gua Musang termasuk kawasan di pedalaman disebabkan beberapa faktor termasuk keselamatan dan adat-adat masyarakat Orang Asli itu sendiri.

“Melalui perbincangan yang diadakan di SK Bihai baru-baru ini, kita berjaya memujuk 17 daripada 30 pelajar Orang Asli untuk kembali ke sekolah.

“Usaha itu dijalankan secara berkala dengan kerjasama jabatan-jabatan berkaitan termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan pihak polis,” unarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI