fbpx

‘Syukur sambut Ramadan, raya di rumah baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD KAIMI ditemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain ketika kerja-kerja baik pulih rumahnya melalui Program Baik Pulih Rumah Perdana (Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Peringkat DUN Mahkota hari ini.

KLUANG – Tiga tahun mendiami kediaman tidak sempurna, sepasang suami isteri bersyukur dapat menyambut kedatangan Ramadan dan Aidil Fitri dengan rumah yang baharu selepas menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini.

Mohamad Kaimi,90, berkata, rumahnya di Kampung Baru mula mengalami kerosakan pada bahagian bumbung kira-kira tiga tahun lalu selepas kuda-kudanya sikit demi sedikit dimamah anai-anai.

Katanya, untuk berlindung mereka berdua terpaksa mendiami sebahagian kawasan rumah yang masih berbumbung kerana tidak berkemanpuan membuat pembaikan kerana memerlukan kos tinggi.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memilih rumah saya untuk dibaiki dan ia membolehkan saya dan isteri menyambut bulan Ramadan dan Syawal dengan rumah yang sudah dibaik pulih.

“Jika selama tiga tahun sebelum ini menyambut kedatangan bulan mulia itu dalam suasana hiba, namun tahun ini insyaAllah akan dapat berkumpul bersama anak-anak nanti,” katanya ketika ditemui dalam Program Baik Pulih Rumah Perdana (Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Peringkat DUN Mahkota hari ini.

Mohamad dalam pada itu menaruh keyakinan pembaikan rumahnya akan mampu bertahan lama berikutan kerja baik pulih menggunakan bahan anti anai-anai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, melalui peruntukan yang disediakan MAINJ ini pihaknya merancang sekurang-kurangnga tujuh buah rumah penduduk yang berkelayakan akan dibaik pulih.

“Dengan adanya bantuan baik pulih rumah oleh MAINJ ini, diharapkan banyak kediaman penduduk kurang berkemanpuan dapat dibaiki seterusnya memberikan keselesaan kepada penghuninya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI