fbpx

Projek pembesaran Hospital Sultanah Maliha siap Disember 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (lima dari kanan) melakukan gimik pelancaran Majlis Penyerahan Jambatan Sungai Perangin di Oriental Village, Jalan Teluk Burau di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Tiga projek infrastruktur utama di sini termasuk pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha (HSM) dengan nilai keseluruhan RM562 juta dijangka siap mengikut jadual ditetapkan pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek membesarkan HSM dengan kos RM425 juta dijadualkan siap pada 26 Disember tahun depan.

“Dua lagi projek iaitu pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bohor Jaya bernilai RM48.9 juta akan siap pada 29 Januari tahun depan, diikuti kuarters kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Ayer Hangat bernilai RM88.75 juta yang dijangka siap pada 28 Januari tahun depan,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Jambatan Sungai Perangin di Jalan Teluk Burau, di sini hari ini.

Jambatan baharu sepanjang 25 meter (m) dan lebar 12.5 m itu melibatkan kos sebanyak RM7.8 juta dan siap sepenuhnya pada 24 Januari lalu.

Selain itu, kata beliau, kerajaan Persekutuan mempunyai 26 projek lain yang diselenggara Jabatan Kerja Raya (JKR) Langkawi yang bernilai RM357.8 juta.

“Projek itu melibatkan 12 kementerian iaitu Kementerian Komunikasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perdana Menteri.

“Enam lagi adalah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI