fbpx

Polis kesan pelaku campak bayi dari kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi bayi lelaki ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium, Sri Petaling, Brickfields, semalam.

KUALA LUMPUR – Pihak polis masih mengesan pelaku yang terbabit dalam kes bayi mati dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium, Sri Petaling, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya kini masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengesan pelaku.

Katanya, bayi yang baru dilahirkan itu kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, untuk proses bedah siasat pada pukul 2 petang ini.

Jelas beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki ditemui mati dalam keadaan menyayat hati selepas dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini, semalam.

Pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.30 petang tadi.

Setibanya di lokasi kejadian, didapati bayi berkenaan disyaki dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sebelum ditemui di kawasan bawah bangunan.

Difahamkan, bayi yang masih bertali pusat berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI