fbpx

Ibu tunggal bersyukur rumah dibaiki menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung mengecat rumah Rahmah Suratman pada program Baik Pulih Rumah Perdana Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ) Peringkat Negeri Johor di Kampung Sungai Kuali, Serkat, disini, pagi ini. Foto MUHAMAMD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Seorang ibu tunggal seperti tidak percaya apabila bulan Ramdan yang akan menjelang tiba pada Selasa akan disambut dengan rumah yang lebih selesa dan sempurna dari hujan dan panas.

Rahmah Suratman, 74, berkata, rumah tersebut yang didiami telah dibina pada tahun 1979 oleh arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 1985 lalu.

Katanya, dia yang tidak dikurniakan sebarang cahaya mata, mengambil seorang angkat lelaki yang kini tinggal bersamanya.

“Alhamdulillah dan terima kasih kerana membantu nenek ini, nenek pun tidak sangka akan menerima pelbagai bantuan ini dari kerajaan,” katanya dengan linangan air mata.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang melancarkan Program Baik Pulih Rumah Perdana Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ) di Kampung Sungai Kuali, Serkat, di sini, hari ini.

RAHMAH SURATMAN.

Kerja-kerja baik pulih rumah Rahmah melibatkan penukaran bumbung, mengecat, menukar dinding, menukar pintu dan menukar tikar getah.

Tambah Rahmah, sebelum ini rumah yang didiami selalu bocor ketika hujan kerana bumbung dan zink yang mengalami kerosakkan, begitu juga dengan dinding yang banyak dimakan anai-anai.

Katanya, bagi mencari pendapatan, dia mengambil upah menjahit namun tidak mampu untuk mengambil tempahan yang banyak kerana pengelihatan yang semakin kurang serta masalah kesihatan

“Saya menerima bantuan warga usia emas sebanyak RM500 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) digunakan bagi membeli barangan keperluan harian termasuk membayar bil elektrik dan air,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI