RASA-RASANYA sudah hampir tiga tahun kisah pengarah yang juga pelakon popular, Syamsul Yusof tidak pulang ke rumah ibu bapanya berlegar dalam media sosial.
Baru-baru ini, bapanya, Datuk Yusof Haslam sekali lagi mendedahkan Syamsul masih belum pulang ke rumah, namun tetap mendoakan kesejahteraan anaknya itu.
Setiap kali mendengar pendedahan Yusof, sayu pula menerjah hati. Buruk-buruk pun, mana ada ibu bapa yang tak rindukan anak.
Harapnya Syamsul akan lembut hati dan kembali ke pangkuan keluarga, bertemu dengan ibunya, Datin Patimah Ismail yang sentiasa menanti kepulangannya.
Bulan Ramadan pun bakal tiba, semoga hal yang baik-baik berlaku kepada keluarga itu nanti.
DIVA: Selain Syamsul, ramai juga nak tengok Ira Kazar menjejakkan kaki ke rumah ibu bapa mentuanya.