fbpx

Warga emas terkejut ular sawa telan kambing dalam kandang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap ular sawa batik yang menelan seekor kambing di Kampung Sungai Limau, Baling hari ini.

BALING – Seorang warga emas terkejut menemui seekor ular sawa batik yang kekenyangan selepas menelan kambing di sebuah kandang di Kampung Sungai Limau, di sini hari ini.

Menurut Hamidah Halid, 65, dia menemui reptilia tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi ketika mahu melepaskan kambing dari kandang.

Katanya, dia percaya ular sama sepanjang kira-kira lima meter dengan berat 50 kilogram itu yang menghampiri kandang tersebut empat hari lalu.

“Ular sawa itu memasukkan kepala dalam pagar kandang yang mempunyai kira-kira 20 ekor kambing. Ular itu sempat tangkap seekor kambing tapi anak lelaki saya berjaya menghalangnya masuk ke kawasan semak berhampiran,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz memberitahu, reptilia tersebut dibawa ke pejabat APM Baling sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI