fbpx

Umat Islam Arab Saudi diminta lihat anak bulan petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Tinggi Arab Saudi gesa umat Islam cari bulan sabit Ramadan. - Foto AGENSI

RIYADH –  Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa  umat Islam di negara itu untuk cuba melihat  anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam, lapor akhbar Arab News semalam. 

Sekiranya anak bulan Ramadan  kelihatan pada tarikh tersebut, maka umat Islam di Arab Saudi akan mula berpuasa pada  Isnin, 11 Mac atau hari Selasa, jika sebaliknya.

Mahkamah berkenaan meminta sesiapa sahaja yang dapat melihat anak bulan Ramadan dengan mata kasar atau menggunakan teropong untuk segera memaklumkan kepada pihaknya.

Pihak mahkamah akan menghantar kakitangan untuk merekodkan keterangan mereka dan melihat anak bulan di lokasi tersebut,  lapor agensi berita Saudi Press.

Pihak berkuasa yang melihat anak bulan Ramadan di Arab Saudi biasanya melakukan pemerhatian pada hari menjelang tarikh permulaan puasa.

Bagaimanapun, umat Islam yang ingin melihat sendiri anak bulan itu  digalakkan untuk berbuat demikian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI