fbpx

PM lulus ‘keperluan mendesak’ Hospital Seberang Jaya RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi lawatannya ke Hospital Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta bagi keperluan yang mendesak di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Beliau berkata, terdapat permintaan yang perlu disegerakan melibatkan perkakasan peralatan untuk kegunaan kakitangan hospital dan pesakit.

“Saya singgah sekejap untuk pantau keadaan yang mendesak dan apa-apa keperluan, perkakasan peralatan yang perlu disegerakan. Saya luluskan dengan peruntukan tambahan RM1 juta.

“Saya tambah keperluan mendesak seperti mesin ventilator, tangki air, mesin ultrasound dan bilik susuan.

“Staf dalam keadaan kesesakan ini mampu bekerja bertungkus-lumus untuk ringan beban pesakit,” katanya kepada pemberita selepsa sesi lawatannya ke HSJ di sini, petang tadi.

Anwar (gambar) ketika sesi lawatannya ke Hospital Seberang Jaya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memberitahu, projek menaiktaraf bangunan tambahan HSJ akan siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

“Projek bangunan tambahan yang terlambat ini mudah-mudahan akan siap sebelum akhir tahun ini. Projek baharu kosnya hampir setengah bilion, RM500 juta,” ujarnya.

Projek pembinaan bangunan tambahan HSJ yang bermula pada tahun 2016 dengan peruntukan RM368 juta itu pada awalnya dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Bangunan bertingkat baharu antara lain merangkumi enam dewan bedah, 316 katil, tempat meletak kenderaan serta kemudahan-kemudahan lain.

Projek ini dikatakan mengalami kelewatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk mengekang Covid-19, tiga tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI