fbpx

MFL akui dokumen PUFC lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengakui tidak timbul elemen pilih kasih berhubung pemilihan Perlis United FC (PUFC) sebagai calon utama bagi menggantikan Kelantan dalam Liga Super musim ini.

Bagaimanapun, pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu tidak ‘berkecil hati’ dengan pelbagai tohmahan netizen kerana merasakan keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam, mengakui PUFC memohon lanjutan tempoh bagi penyerahan dokumen sokongan untuk membolehkan mereka diberikan lesen beraksi di Liga Super.

“Jika siapa-siapa nak buat dakwaan (pilih kasih) itu boleh buat, tetapi First Instance Body (FIB) terpaksa mengambil keputusan yang terbaik untuk liga dan apa yang adil berdasarkan dokumen yang dihantar.

“Walaupun kita terima serahan dari Perlis United sedikit lambat dengan lanjutan tempoh serahan dokumen, tetapi serahan mereka adalah yang terbaik, lebih baik dibandingkan dengan yang lain,” katanya.

MFL sebelum ini mengumumkan PUFC sebagai calon untuk bermain di Liga Super, namun harus melunaskan syarat tambahan sebelum sah bergelar pasukan ke-14 Liga Super.

Keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi khususnya peminat tempatan memandangkan PUFC sekadar menamatkan aksi Liga M3 di tangga kelapan berbanding Imigresen, KL Rovers dan Harini yang berada di kedudukan tiga teratas malah ketiga-tiganya turut mengantar dokumen mengikut tempoh ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI