fbpx

Malang Sungai Ketil dikunjungi orang pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Aishah menunjukkan beberapa bungkusan sampah yang ditinggalkan di tepi Sungai Ketil ketika berkelah di Tapak Perkhemahan Hamza di Kampung Lubuk Pedati, Baling baru-baru ini.

BALING – Sikap tidak bertanggungjawab pengunjung kawasan perkelahan di Sungai Ketil di Kampung Lubuk Pedati, di sini menyebabkan beberapa lokasi di situ dipenuhi sampah sarap.

Pemandangan indah sungai yang jernih berlatar belakangkan Gunung Baling dicemari dengan bungkusan plastik sampah yang dibiarkan di tepi sungai, selain ada dibiarkan terendam di dalam air.

Pengunjung dari Tawar dekat sini, Siti Aishah Mohd Sabri, 24, berkata, dia terkejut apabila melihat banyak sampah dibuang begitu sahaja sehingga mengotorkan kawasan perkelahan itu.

“Saya datang ke sini untuk membawa anak-anak mandi sungai di Sungai Ketil ini sambil menikmati suasana dan pemandangan yang penuh kehijauan dan cantik ini.

“Apa yang menyakitkan hati, sebaik saya turun dari kereta ke tapak perkelahan, saya lihat ada tiga bungkus plastik sampah yang besar di dalam sungai,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Katanya, banyak sampah yang dibuang di sepanjang sungai se­perti botol kaca, tin, pencucuk lidi, plastik serta lampin pakai buang yang kotor dengan najis tersangkut pada kayu.

“Walaupun ada orang kampung yang menjaga kawasan perkelahan ini tetapi tanggungjawab memastikan kebersihan di sini haruslah dipikul bersama.

“Pengunjung yang datang ke sini jangan pentingkan diri sendiri, sediakan plastik sampah dan bawalah sampah itu keluar dari sini kerana banyak tong sampah besar disediakan di luar sana,” ujarnya.

Pengunjung dari Pokok Sena, Bushro Mohd. Jamil, 26, pula berkata, dia datang berkelah di situ selepas melihat keindahan kawasan Sungai Ketil di kampung berkenaan menerusi media sosial.

“Sayangnya sampah bersele­rak di beberapa tempat. Sampah-sampah itu ditinggalkan pengunjung yang berkelah di sini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI