fbpx

Liga Europa: Nunez bukti pengkritik silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ meledak dua gol ketika Liverpool membenam Sparta Prague pada aksi pertama pusingan 16 terbaik awal pagi semalam. - AFP

PRAGUE – Darwin Nunez sekali lagi menutup mulut pengkritiknya selepas menyumbangkan dua gol untuk membantu Liverpool menang 5-1 ke atas Sparta Prague pada aksi 16 terbaik Liga Europa awal pagi semalam.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp tahu penyerang Uruguay itu sentiasa ‘mendengar’ apa yang diperkatakan tentangnya dan faktor itu membolehkan Nunez terus konsisten setiap kali diturunkan.

“Dia langsung tidak terganggu dengan apa yang diperkatakan dan terus melakukan kerjanya. Musim pertamanya tidaklah terlalu teruk tetapi dia perlu menyesuaikan diri dan sekarang ia sudah diatasi.

“Adakah dia sudah mencapai tahap terbaik? Untuk kami belum lagi tetapi dia akan terus berkembang dan menjadi ancaman kepada pasukan lawan,” kata Klopp.

Tiga lagi gol Liverpool dijaringkan oleh Alexis Mac Alliser, Luis Diaz dan Dominik Szoboszlai manakala Conor Bradley tertampan bola ke gawang sendiri untuk jaringan saguhati Sparta Prague.

Biarpun berdepan masalah kecederaan Ibrahima Konate, Liverpool lega dengan kualiti Nunez yang kini sudah pun menjaringkan 16 gol dan mencipta 11 bantuan jaringan buat Liverpool musim ini.

Selain Konate, Klopp juga turut akui turut bimbang mengenai keadaan Joe Gomez yang terpaksa digantikan oleh Bradley ketika separuh masa dan keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Joey tidak ada masalah. Kami mengeluarkannya sebab dia bermain banyak perlawanan dan kami buat sebagai salah satu penggiliran serta langkah berjaga-jaga,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI