fbpx

Kecurangan beri kesan kepada mental pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tabiat gemar bermain kayu tiga bukan sahaja dapat memberi kesan buruk terhadap emosi seseorang, ia juga boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), individu yang dikhianati pasangan berisiko untuk mengalami kemurungan, gangguan makan serta berkemungkinan beralih kepada ketagihan alkohol atau barang terlarang.

“Malah, mereka juga berisiko untuk melibatkan diri dalam tingkah laku berisiko,” katanya.

Infografik PHM mengenai kesan kecurangan terhadap kesihatan mental dan fizikal pasangan.

PHM berkata, mereka yang sedang menghadapi tekanan perasaan akibat kecurangan pasangan digalakkan untuk mendapatkan sokongan daripada keluarga dan sahabat rapat.

“Berbual dan luahkan kekecewaan kepada rakan atau ahli keluarga yang anda percaya. Selain itu, dapatkan khidmat kaunselor untuk terapi kaunseling.

“Sayangi diri anda, kerana diri anda begitu berharga dan percayalah masih ramai yang menyayangi dan menghargai anda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI