fbpx

Beruang matahari musnah kebun kelapa masuk perangkap Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang matahari yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Padang Tapong, Besut semalam.

BESUT – Seekor beruang matahari betina yang sebelum ini mengganas menceroboh kebun kelapa penduduk berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Padang Tapong di sini semalam.

Haiwan liar seberat 60 kilogram itu ditangkap setelah lebih seminggu perangkap dipasang pihak berkuasa tersebut.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, sebelum ini, pihaknya menerima aduan daripada penduduk tentang kemunculan haiwan tersebut pada 28 Februari lalu.

“Beruang matahari betina itu didakwa menceroboh dan memusnahkan kebun kelapa penduduk.

“Perangkap telah dipasang akhir bulan lalu sebelum haiwan buas itu memasukinya semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati haiwan yang ditangkap itu dalam keadaan sihat. Haiwan tersebut akan dilepaskan ke habitat semula jadinya dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI