fbpx

Bayi baru lahir jatuh kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki ditemui mati dalam keadaan menyayat hati selepas dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.30 petang tadi.

Katanya, bayi berkenaan disyaki dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sebelum ditemui di kawasan bawah bangunan.

“Kami (polis) menerima maklumat tersebut daripada orang awam berhubung kes buang bayi yang baru dilahirkan dari bangunan itu.

“Bayi yang ditemui baru dilahirkan memandangkan masih ada tali pusat. Sejumlah anggota telah digerakkan dan sisatan sedang berjalan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, bayi lelaki tersebut mengalami kecederaan parah di kepala ekoran bahagian kepala pecah.

Tambah Ku Mashariman, perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI