fbpx

Aliff Aziz ‘khalwat macam tabiat’ – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN cop pelakon Aliff Aziz jadikan khalwat sebagai tabiat.

PETALING JAYA – Nama pelakon juga penyanyi, Aliff Aziz kembali menggelegak dek isu dicekup khalwat dengan seorang pelakon wanita awal pagi tadi.

Instagram penyanyi dan pelakon sensasi itu turut menjadi sasaran kecaman ramai disebabkan isu curang yang kini berulang.

Lebih teruk, ada yang melabel pelantun lagu Sayang Sayang tidak serik-serik dengan episod keberantakan rumah tangga bersama pelakon Bella Astilah akibat salah perhitungan menurut nafsu.

“Kalau Alif Satar dikenali dengan ‘Subuh Macam Jumaat’, Aliff Aziz pula terkenal dengan ‘Khalwat Macam Tabiat’,” kata netizen.

“Kembali lagi dalam episod Aliff Aziz buat hal apa lagi tahun ini,” sindir seorang pengguna media sosial.

“Kalau dah curang selamanya tetap sama. Tidak silap ini sudah kali ketiga! Bella tidak patut bagi peluang kerana dia berhak bahagia,” tutur netizen lain.

Awal pagi tadi, media melaporkan seorang selebriti berstatus suami orang dan pelakon wanita dicekup berkhalwat dan bersedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Kejadian tersebut turut disahkan adik kepada Bella Astillah, Didi Astilla yang ditemui di lokasi untuk menemani kakaknya.

Dalam masa sama, nama Ruhainies terpalit dengan insiden berikutan pembabitannya dengan bapa dua orang cahaya mata itu dalam drama berjudul Terjerat.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI