fbpx

Pelajar sekolah ponteng solat Jumaat ditahan di Terenggnu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gara-gara ponteng solat Jumaat, sembilan lelaki termasuk lima pelajar sekolah menengah ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sewaktu melepak di sebuah pondok berhampiran sebuah masjid di bandar raya ini, semalam.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara ponteng solat Jumaat, sembilan lelaki termasuk lima pelajar sekolah ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sewaktu melepak di sebuah pondok berhampiran sebuah masjid di bandar raya ini, semalam.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEART, Khairul Azizi Idris berkata, serbuan dilakukan pasukan penguat kuasa syariah wanita selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Mereka yang ditahan berusia 14 hingga 37 dan ketika serbuan, semua leka berborak sedangkan jemaah lain menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Khairul Azizi berkata, kesemua mereka kemudian dibawa ke Pejabat JHEAT di sini untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI