fbpx

250 anggota polis Delhi kawal majlis kahwin samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan anggota-anggota polis di Amritsar, India. - Foto AFP

NEW DELHI  –  Satu majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac ini di New Delhi bakal bertukar menjadi ‘kubu’ dengan acara berkenaan dikawal ketat oleh pasukan polis, kata sumber rasmi seperti laporan akhbar Deccan Herald semalam.

Pada tarikh tersebut, dua samseng iaitu Sandeep alias Kala Jathedi  akan mendirikan rumah tangga bersama Anuradha Choudhary yang digelar sebagai ‘Puan Minz’.

Dewan perkahwinan Taman Santosh di Dwarka telah ditempah oleh peguam Sandeep pada harga 51,000 rupee (RM2,887). 

Perkahwinan itu akan dikawal oleh 250 anggota polis bersama komando daripada  unit Senjata dan Teknik Khas yang membawa senjata berteknologi tinggi.

Anggota pihak berkuasa lain yang berkawal ialah pasukan sel khas, cawangan jenayah dan Agensi Penyiasatan Jenayah Haryana, kata sumber itu.

Sandeep kini ditahan di penjara Tihar, 7  kilometer dari dewan perkahwinan itu. Dia menjalani hukuman penjara kerana kesalahan jenayah.

Bakal isterinya kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Anuradha berdepan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, penculikan, membuat  ugutan dan kesalahan akta senjata api di Rajasthan dan Delhi. 

Sandeep pula pernah melarikan diri daripada tahanan polis di negeri Haryana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI