fbpx

120 pelacur, gadis pelayan ditahan di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jafri (berdiri, dua dari kiri) memeriksa dokumen milik salah seorang wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di premis hiburan di Kuantan malam tadi.

KUANTAN – Seramai 120 pelacur dan gadis pelayan antara 140 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan yang dilakukan di 17 premis hiburan di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, turut ditahan 11 lelaki tempatan berusia 25 hingga 46 tahun yang menjadi penjaga premis menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 151 orang.

“Daripada jumlah itu, 103 adalah wanita warga Thailand, 11 wanita warga Vietnam dan masing-masing dua wanita warga Laos, Myanmar dan Indonesia.

“Turut ditahan lima lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga Indonesia, 11 lelaki warga Bangladesh dan tiga lelaki warga China.

“Semakan mendapati 94 daripada mereka memiliki Pas Lawatan Sosial dan Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih sah laku manakala bakinya tiada dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini,” katanya.

Menurutnya, operasi yang bermula pada pukul 11 malam adalah hasil aduan dan risikan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama tiga minggu.

Operasi turut melibatkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Pahang disertai Pasukan Taktikal Khas (Pastak) JIM Negeri Perlis, JIM Negeri Perak dan JIM Negeri Sembilan.

Premis yang digempur terdiri daripada empat buah pusat hiburan, sembilan kelab malam dan empat pusat pelacuran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI