fbpx

[VIDEO] Teruja nampak singa Istana Kubang Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua ekor singa di pekarangan Istana Kubang Kerian.

PETALING JAYA – Percutian sebuah keluarga di sebuah rumah tumpangan di sebelah Istana Kubang Kerian, Kelantan, menarik perhatian ramai apabila dapat melihat dua ekor singa berkeliaran di pekarangan istana tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan Amin Halim di TikTok, dia dan keluarganya meluahkan rasa teruja ketika menyaksikan mamalia itu menerusi balkoni rumah tersebut.

“Bila malam singa itu mengaum hingga buatkan kami terkejut. Ingatkan siapa yang berdengkur, rupanya ada singa di sebelah rumah,” katanya.

Difahamkan, selain singa, sultan turut memelihara rusa, kuda, kerbau dan burung unta yang dahulunya diletakkan di sebuah ‘mini safari’ di Kampung Baruh Raja, Gunong.

“30 tahun tinggal belakang Istana Kubang Kerian, ini kali pertama saya dapat isi di dalam dan memang pernah ada orang cakap singa raja mengaum tapi tak sangka pula singa itu ada di sini (Kubang Kerian),” komen Chudeen.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan para pengguna yang teruja dengan kehadiran singa di situ.

“Lain macam oyen (gelaran bagi kucing yang berbulu jingga) istana,” komen Amdira Legacy.

“Macam tak pernah tengok dan dengar singa mengaum pula padahal setiap rumah masing-masing dah ada singa (ibu membebel),” kata seorang pengguna yang lain.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pengguna yang lain juga tidak sabar untuk menetap di rumah tumpangan yang sama untuk melihat sendiri haiwan peliharaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@alamin_halim Bila mlm singa tu mengaum..terkejut 1 rumah..kami pelik ingatkan sapa yg berdengkur kuat sgt ni🤣🤣 rupa2nya singa ada sebelah rumah je hahaha.. subuh pun senang singa tu mengaum kejut bangun. 🦁🐅🤣🤣 #fyp #fypシ゚viral #kubangkerian #istanakubangkerian #VNVideoEditor ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI