fbpx

Polis rampas 10,000 peranti vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok elektronik dan alat vape yang berjaya dirampas - THAIGER

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menahan lapan suspek dan merampas lebih 10,000 rokok elektronik dan vape dalam serbuan dekat Universiti Ramkhamhaeng di Bangkok, lapor akhbar Thaiger semalam. 

Serbuan dinamakan ‘Operasi Vape’ itu diterajui oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Puangpetch Chunla-ead bersama-sama Polis Diraja Thailand dan Pejabat Lembaga Perlindungan Pengguna (OCPB).

Serbuan  pada Rabu lepas itu bertujuan untuk membanteras penjualan vape haram yang semakin berleluasa berhampiran kawasan institusi pendidikan. 

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila mereka mendapati  sekurang-kurangnya 14 gerai di kawasan pasar tidak jauh dari tempat penginapan pelajar, menjual vape secara tersembunyi.

Susulan serbuan itu, pihak berkuasa merampas pelbagai jenis rokok elektronik dan vape dianggarkan bernilai lebih 3 juta baht (RM395,618).

Bercakap tentang operasi tersebut Puangpetch berkata, beliau bimbang tentang bahaya rokok elektronik kepada golongan belia terutamanya dalam kalangan remaja berumur seawal 13 tahun.

Justeru, Puangpetch menyeru kepada orang ramai,  lebih-lebih lagi kalangan ibu bapa di seluruh negara supaya lebih berwaspada dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan penjualan secara haram produk vape. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI