fbpx

PM mahu tindakan segera, susulan pelaburan diraih di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri membuat tindakan susulan mengenai komitmen pelaburan diraih negara menerusi lawatan ke Australia, baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri mahu tindakan itu disegerakan dan beberapa menteri berkaitan diarahkan membantu perkara itu.

Katanya, ia lawatan yang sangat berjaya kerana berupaya menarik minat pelaburan berjumlah RM24.5 bilion selain mengembangkan pelaburan sedia ada.

“Komitmen pelaburan itu diperolehi hasil pertemuan Perdana Menteri dengan 20 syarikat Australia di Melbourne termasuk empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, Perdana Menteri turut berkongsi hasil pertemuan dengan beberapa pemimpin negara Asean termasuk Thailand pada lawatan sama.

Jelasnya lagi, Perdana Menteri mahu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memikirkan usaha menarik pelancong dari Thailand ke Langkawi termasuk menangani isu harga makanan di pulau peranginan itu.

Dalam lawatan Perdana Menteri ke Australia baru-baru ini, beberapa syarikat utama Australia menyatakan minat untuk melabur sejumlah RM24.5 bilion di Malaysia dan mengembangkan operasi sedia ada mereka.

Anwar berada di Australia pada 4 hingga 6 Mac lalu bagi menghadiri Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) yang dihoskan oleh Australia serta Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI