fbpx

Pemandu lori halang ambulans disaman lebih RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori menghalang laluan ambulans di Wilayah Phu Yen, Ahad lalu. - Foto tuoi tre news

HANOI  – Seorang pemandu lori berumur 39 tahun disaman sebanyak 7 juta dong (RM1,330) kerana menghalang laluan ambulans dalam kejadian di Wilayah Phu Yen, Vietnam lapor portal berita tuoi tre news kelmarin.

Lesen Nguyen To Ni juga digantung selama tiga bulan kerana kesalahan tersebut.

Pada tengah hari Ahad lalu, Ni memandu lori di sebuah lebuh raya di Phu Yen.

Ambulans berkenaan milik Pusat Perubatan Phu Hoa dan sedang membawa seorang pesakit ketika kejadian.

Rakaman video insiden tersebut kemudian menjadi tular di media sosial.

Perbuatan biadab pemandu lori itu mengundang kritikan ramai netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI