fbpx

MotoGP: Morbidelli ada peluang beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI terlibat dalam insiden kemalangan pada Februari lalu, namun dia dilaporkan cergas untuk beraksi pada perlumbaan pembukaan di Lusail hujung minggu ini. - FB PRAMAC RACING

LUSAIL – Pelumba Pramac Racing, Franco Morbidelli memiliki peluang cerah untuk menyertai aksi pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Lusail hujung minggu ini.

Selepas menjalani imbasan Pengimejan Resonan Magnet (MRI) 2 Mac lalu, pelumba Itali itu dibenarkan untuk berlepas ke Qatar, namun dia masih perlu menjalani beberapa ujian sebelum diberi kebenaran berlumba.

Morbidelli berkata, dia tidak sabar untuk menguji kemampuan jentera serta mengenali barisan krew pasukan baharunya itu selepas meninggalkan Monster Energy Yamaha penghujung musim lalu.

“Saya sangat gembira kerana dapat melepasi ujian perubatan bagi memulakan saingan musim baharu nanti. Saya teruja untuk menguji jentera baharu selain kembali merasai suasana hari perlumbaan.

“Tahun ini akan menjadi perubahan cukup penting dalam karier saya walaupun berdepan insiden malang sebelum ini. Semuanya sudah berlalu, jadi sekarang tumpuan saya pada perlumbaan bagi musim 2024,” katanya.

Februari lalu, bekas juara dunia Moto2 itu mengalami kemalangan ketika sedang melakukan ujian terhadap jentera Ducati Panigale V4 pada sesi ujian Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Portimao, Portugal.

“Saya sudah tidak rasakan kecederaan tersebut kerana kondisi saya dalam keadaan terbaik pada ketika ini. Bagaimanapun, saya perlu menghormati keputusan doktor mengenai perlumbaan hujung minggu ini,” ujar Morbidelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI