fbpx

Jumlah penganggur turun kepada 567,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan tenaga buruh Malaysia terus memperlihatkan pertumbuhan stabil selari dengan perkembangan ekonomi. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jumlah penganggur terus menurun kepada 567,300 orang pada bulan Januari lalu, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Januari 2024 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh negara kekal dalam trend menaik, selari dengan kedudukan ekonomi negara yang terus meningkat dan sejajar dengan perkembangan ekonomi global.

“Tenaga buruh pada bulan Januari 2024 menunjukkan peningkatan yang berterusan, bertambah sebanyak 0.1 peratus kepada 17.05 juta orang berbanding bulan sebelumnya (Disember 2023: 17.03 juta orang), dengan kadar penyertaan tenaga buruh pada 70.2 peratus.

“Trend positif ini didorong oleh peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur menurun,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jabatan Perangkaan, pasaran buruh di Malaysia dijangka bertambah baik dan kekal stabil dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dipacu oleh ekonomi domestik yang berdaya tahan.

Situasi ini dijangka akan terus menjana peningkatan permintaan tenaga kerja, sekali gus berperanan sebagai pemacu penting untuk menstabilkan ekonomi secara berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI