fbpx

Jenazah peniaga kosmetik jatuh Jambatan Tendong dikebumi selepas 40 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Haida (kanan) bersama anak-anak selepas jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Padang Bongor di Kota Bharu, semalam. Foto IHSAN KELUARGA

KOTA BHARU – Mayat peniaga kosmetik yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri, di sini selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu selamat dikebumikan semalam.

Jenazah Norhisyam Ismail, 43, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Padang Bongor, di sini pada pukul 12.30 tengah hari selepas 40 hari mangsa dijumpai di Pantai Suri.

Isteri mangsa, Nor Haida Sahari, 40, berkata, jenazah Norhisyam mendapat kelulusan semalam untuk dikebumikan selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan identiti lelaki tersebut.

Norhisyam.

Menurut wanita itu, dia mendapat maklumat daripada polis beberapa hari lalu yang memaklumkan mayat tersebut adalah suaminya.

“Saya pergi ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menuntut jenazah suami semalam. Kami reda namun tetap akan menunggu keputusan DNA untuk mengesahkan identitinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Haida memberitahu, dia yakin mayat yang ditemukan di Pantai Suri pada 28 Januari lalu itu adalah suaminya berdasarkan pakaian yang dipakai arwah sewaktu keluar rumah.

Tambahnya, urusan pengebumian arwah suaminya berjalan lancar meskipun dia tidak dibenarkan untuk mencium jenazah lelaki tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang peniaga kosmetik yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu didakwa mengalami stres melampau tiga hari sebelum kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI