fbpx

Jemaah Menteri tidak bincang lagi isu kelulusan misi jejak bangkai MH370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) belum lagi membentangkan laporan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan untuk meneruskan pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Belum lagi di bawa maklumat tersebut ke Kabinet untuk dibincangkan.

“Tapi saya percaya dalam minggu akan datang laporan tersebut akan dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata, MOT akan melakukan segala yang mungkin bagi mendapatkan kelulusan Kabinet menandatangani kontrak baharu dengan Ocean Infinity bagi menyambung semula pencarian pesawat MH730 yang hilang 10 tahun lalu itu.

Difahamkan, MOT akan mengambil tindakan berhubung perkara itu secepat mungkin.

“Sekali lagi, kami bersama-sama anda (keluarga mangsa tragedi MH370). Kami akan terus menyokong dan berdiri dalam solidariti dengan semua waris,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan Loke ketika program MH370: 10 Years Gone di Kuala Lumpur baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI