fbpx

Hujan lebat, angin kencang landa sembilan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri menjelang petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, cuaca buruk tersebut diramal melanda beberapa kawasan di Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling), Kuala Lumpur, Melaka, dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

“Cuaca hujan di sebelah petang dijangka berlaku sehingga akhir hujung minggu ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka meliputi beberapa tempat di pedalaman Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” menurut kenyataan MetMalaysia di laman sesawang.

Jelas MetMalaysia, hujan lebat yang berlanjutan di kawasan pantai barat Semenanjung berkenaan berpunca daripada taburan hujan di bahagian Perairan Selat Melaka Utara yang beransur-ansur memasuki kawasan daratan dan pedalaman.

“Sementara itu, di Sarawak pula ribut petir di satu dua tempat membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song).

“Daerah Tenom, Sabah pula dijangka menghadapi cuaca panas di tahap satu berjaga-jaga dengan suhu maksima 35 hingga 37 darjah Celsius seperti di beberapa negeri di sebelah Utara Semenanjung,” jelas kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI