fbpx

Gajah ‘naik minyak’ di Jabi berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah jantan yang mengganas di Jabi berjaya ditangkap di Kampung Dendong, Bukit Keluang, Besut semalam.

BESUT – Kebimbangan penduduk mukim Jabi di sini tentang serangan seekor gajah jantan sejak awal minggu ini berakhir apabila haiwan liar tersebut berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam.

Gajah terbabit yang mengganas sejak Isnin lalu berjaya ditangkap pegawai Perhilitan pada pukul 4 petang.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, sebelum itu enam pegawai agensinya telah membuat pemantauan bagi menangkap haiwan liar berkenaan selama tiga hari.

“Gajah jantan seberat dua tan itu berjaya ditangkap di Kampung Dendong, Bukit Keluang kira-kira 13 kilometer dari Jabi. Pemeriksaan mendapati haiwan liar berkenaan stabil dan sihat,” katanya di sini, hari ini.

Kean Seong berkata, gajah jantan tersebut akan dipindahkan ke Taman Negara Terengganu, Hulu Terengganu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI