fbpx

THT, TNB buat perhitungan di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEGEMBIRAAN terpancar di wajah pemain-pemain THT selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala TNB selepas menewaskan Maybank di separuh akhir hari ini. - FB MHC

KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Terengganu (THT) berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan apabila melangkah ke perlawanan akhir Piala TNB selepas menyingkirkan Maybank di separuh akhir hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, pasukan dari Pantai Timur itu memastikan tempat ke pentas final menerusi kemenangan agregat 6-1 ke atas Maybank yang merupakan pemenang tempat ketiga musim lalu.

Kejayaan mara ke pentas final menyaksikan THT berpeluang untuk menebus kekecewaan selepas mereka gagal mempertahankan dua gelaran, iaitu Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL).

Pada perlawanan itu, Maybank terlebih dahulu berada 1-0 di depan apabila pemain berpengalaman, Muhammad Razie Abdul Rahim bijak menyempurnakan pukulan sudut penalti (PC) seawal minit kedua.

Bagaimanapun, THT bangkit dengan tiga gol hasil dua jaringan Faizal Saari, masing-masing pada minit ke-16 dan 47 manakala satu lagi gol dijaringkan Ismail Abu pada minit ke-28.

BARISAN pemain TNB meraikan jaringan pada pertemuan menentang UiTM HA-KPT di separuh akhir. – SHIDIEQIIN ZON

Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menempah tiket ke pentas final selepas menyingkirkan UiTM HA-KPT apabila menang 8-2 secara jaringan agregat.

Justeru, THT dan TNB bakal membuat perhitungan pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini dengan TNB menggalas misi untuk meraih gelaran trebel buat kali pertama dalam sejarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI