fbpx

Sungai Bernam diancam ikan baung ekor merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraisyah (dua kiri) melihat pelepasan benih udang galah pada program itu di Pusat Konservasi Kelip-Kelip Kampung Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini.

SABAK BERNAM – Ikan baung ekor merah yang merupakan spesis pemangsa dikesan mula mengancam populasi ikan tempatan di Sungai Bernam di sini, sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, pihaknya memperoleh laporan itu daripada nelayan darat yang menemukan ikan asing berkenaan di sungai tersebut.

“Biarpun masih terkawal, kami tetap memandang serius tindakan melepaskan ikan pemangsa yang merosakkan ekosistem sungai sedia ada.

“Kami mempunyai pegawai khas bagi menjaga nelayan darat dan ada daripadanya mengadu kewujudan ikan pemangsa di sungai itu,” katanya pada program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat Sungai Bernam di Pusat Konservasi Kelip-Kelip Kampung Sungai Panjang di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pelepasan ikan asing atau spesies ‘alien’ untuk membayar nazar atau ritual telah mempercepatkan kepupusan ikan asli tempatan di Selangor.

Jelas Noraisyah, baung ekor merah dibawa masuk bagi tujuan hobi atau dipelihara dalam akuarium namun dilepaskan pihak tidak bertanggungjawab berikutan kos makanan semakin tinggi.

“Sehingga satu tahap, penternak yang membela ikan pemangsa ini tidak mampu memberi makan kepada ikan itu lalu melepaskannya ke sungai.

“Selain itu, ia mungkin berpunca banjir hingga menyebabkannya terlepas dan lambakan ikan larangan di perairan sungai mengakibatkan ikan tempatan berkurangan,” ujarnya.

Justeru, Noraisyah berkata, operasi menangkap baung ekor merah telah mula dilaksanakan pada 2022 lalu dan ikan pemangsa yang ditangkap mencecah sehingga 30 kilogram.  -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI