fbpx

Starbucks buang beribu-ribu pekerja di Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kedai Starbucks di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. - Foto AFP

 

NEW YORK  –  Pemegang Francais Starbucks  di Asia Barat, Alshaya Group membuang beribu-ribu pekerja ketika ia bergelut dengan kempen boikot terhadap jenama berkenaan yang didakwa menyokong Israel dalam perang di Gaza, lapor saluran CNN semalam.

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Alshaya berkata, pemberhentian dilakukan akibat situasi  perniagaan yang sentiasa mencabar sepanjang enam bulan lalu.

Justeru, pihaknya terpaksa membuat  keputusan menyedihkan dan sangat sukar  untuk mengurangkan bilangan ‘rakan sekerja’  Starbucks di Asia Barat dan Afrika Utara.

Syarikat itu tidak menyatakan angka tepat pekerja yang dibuang tetapi terdapat dakwaan bahawa ia memberhentikan seramai 2,000 pekerja. 

Alshaya tidak menyangkal dakwaan tersebut.

Syarikat berpangkalan di Kuwait itu memiliki hak untuk mengendalikan rangkaian kedai Starbucks di Asia Barat selama lebih 25 tahun dan mengendalikan premis di sekitar 1,300 lokasi di seluruh rantau berkenaan serta menggajikan kira-kira 11,000 orang.

Ramai pelanggan memboikot syarikat Barat di rantau itu kerana mendakwa perniagaan terbabit  menyokong atau mempunyai kaitan dengan perang Israel di Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI